2013年6月11日星期二
Our History



Sebelum tahun 1991, perpustakaan SMJK Chung Hwa Klang bertempat di satu sudut di pejabat sekolah lama dengan saiz 1/3 daripada sebuah bilik darjah.
Pada tahun 1991, perpustakaan dipindah ke kabin yang pertama dengan saiz 1/2 daripada sebuah bilik darjah. Pada tahun 1998, perpustakaan dipindah ke kabin bertingkat dua, mengambil tempat tingkat bawah dengan saiz satu bilik darjah. Pada tahun 1999, perpustakaan dipindah lagi ke tempat bersebelahan dengan bilik komputer dengan saiz 1½ bilik darjah. Pada tahun 2001, perpustakaan bermula dengan sistem pengotomasian.
Pada tahun 2004, SMJK Chung Hwa berpindah ke tapak baru seluas 2 ekar di Lot 240, Kampung Jawa, Seksyen 36, Shah Alam. Perpustakaan ditempatkan di tingkat empat dengan 2½ bilik darjah hingga hari ini.
Pusat Sumber Sekolah SMJK Chung Hwa sentiasa berhasrat untuk meninggikan mutu hidup warga sekolah, khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, ilmu pengetahuan serta memupuk semangat dan tabiat suka membaca dan mengekalkan sifat ini. Pusat Sumber Sekolah telah berjaya melaksanakan banyak aktiviti yang memanfaatkan para guru dan para pelajar selama ini atas usaha dan kerjasama yang diberi oleh semua ahli jawatan kuasa dan pengawas Pusat Sumber Sekolah serta sokongan dan bantuan yang diberi oleh pihak pentadbir.
Walau bagaimanapun, pihak Pusat Sumber Sekolah SMJK Chung Hwa akan terus berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan memupuk minat membaca di kalangan warga sekolah, khususnya pelajar.
订阅:
博文评论 (Atom)
0 comments:
发表评论